Friday 5 June 2015

KESOPANAN DAN KESUSILAAN






CTU 555 :PERLEMBAGAAN

MODUL : KESOPANAN & KESUSILAAN  [ Rukun Negara -5 ]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada yang berbahagia, Pensyarah CTU555 (Malaysian History), Ustazah Mahfuzah, para pelajar, rakan-rakan dan pembaca blog sekalian. Pertama sekali, izinkan saya mengenalkan diri saya dan juga ahli kumpulan saya dahulu. Nama saya HARITH HISYAM BIN ABDUL HADI (2014240278) , dan kumpulan saya terdiri daripada rakan-rakan sekelas saya iaitu , MOHD NABIL FIKRI BIN MAHADI(2014432926) , MOHAMAD HAIDIR BIN MOKHTAR (2014622092) , MUHAMMAD HAIKAL BIN ROSLI (2014212034) dan MOHD AZRIL BIN KHAIRUL ANUAR (2014241198). Kami merupakan pelajar Ijazah sarjana muda di dalam bidang Ekonomi Perniagaan di kampus Universiti Teknologi MARA  (UiTM Puncak Alam).   Topic yang akan kami bincangkan  ialah "Kesopanan dan Kesusilaan" ataupun "Decency and Morality" di dalam bahasa Inggeris.  Kami akan mengenal pasti mengapa pentingnya Kesopanan dan Kesusilaan di dalam kehidupan harian kita  dan bagaimana ia membentuk sebuah masyarakat  majmuk yang hidup dalam harmoni.



KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

DEFINISI:
  •        Menekankan perlembagaan personaliti dan tingkah laku seseorang.
  •        Tujuannya untuk membentuk Negara yang bersopan santun dan bersusila.
  •      Contohnya kerajaan mengadakan kempen ‘BUDI BAHASA BUDAYA KITA’.

SEJARAH:
  • Telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970 sempena sambutan kemerdekaan yg ke 13.
  • Ini berpunca apabila terdapat jurang antara orang miskin dan orang kaya, orang melayu dan bukan melayu selepas merdeka.
  • Sehingga lah berlaku perbalahan pada 13 Mei 1969.
  • Objektif : mencapai perpaduan yang lebih erat antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum.





FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI INDIVIDU DALAM MENGAMALKAN SIKAP BERSOPAN DAN BERTATASUSILA


  • Latar Belakang Keluarga
Sikap ibu bapa. Anak-anak sedikit sebanyak akan mewarisi sikap kedua orang tua berdasarkan cara mereka di besarkan dan keadaan sesebuah keluarga itu. Sikap tidak peduli dan tidak bertanggungjawab ibu bapa ini akan menyebabkan sesebuah keluarga itu kurang kemesraan dan kasih sayang. 



  • Pergaulan
 Pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan yang besar khususnya bagi golongan remaja yang lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Remaja yang terdedah dengan kehidupan yang terlampau bebas akan menjadikan rakan sebaya mereka sebagai individu yang penting dalam hidup mereka.  Pergaulan yang bebas dengan rakan sebaya yang bermasalah akan menyebabkan mereka akan turut terpengaruh dengan gejala yang kurang baik.



KESAN-KESAN JIKA SIKAP BERSOPAN DAN BERTATASUSILA TIDAK DI PUPUK DALAM DIRI SETIAP INDIVIDU



  • Masyarakat
Kesan kepada masyarakat boleh di lihat dengan jelas apabila masyarakat itu sendiri tidak lagi mengambil peduli atau kesah terhadap kesengsaraan orang lain. Masyarakat juga akan terbiasa dengan sikap pentingkan diri yang boleh menjurus kepada perpecahan antara masyarakat itu sendiri. Apabila masyarakat sesebuah negara tidak lagi bersatu padu dan hanya memikirkan kepentingan sendiri, negara juga akan merasai kesannya.



  • Diri Sendiri
Kesan kepada diri setiap individu adalah yang paling dikhuatiri. Ini kerana ianya melibatkan modal insan yang bakal menjadi barisan kepimpinan negara. Keruntuhan akhlak akan menyebabkan hilang nya nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu. Seseorang itu tidak lagi akan memandang sikap seperti bersopan dan bertatasusila sebagai satu titik tolak dalam membentuk modal insan yang bermoral.





KEBAIKAN NILAI MURNI:
  • Mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang harmoni.
  • Mewujudkan masyarakat yang memiliki semangat kejiranan yang tinggi.
  • Masyarakat menjadi lebih bertanggungjawab terhadap orang lain.
  • Kes jenayah yang berlaku dalam masyarakat dapat dikurangkan.
  • Mengangkat masyarakat yang memiliki nilai murni yang tinggi di mata dunia.


KEBURUKAN SEKIRANYA NILAI MURNI TIDAK DITERAPKAN.
  • Wujudnya perasaan tidak suka antara satu sama lain ekoran penggunaan bahasa yang kasar dan menyinggung perasaan orang lain.
  • Warga emas semakin tidak dihormati dan belia tidak lagi disayangi.
  • Wujudnya masyarkat yang tidak harmoni dan sering hidup dalam keadaan kucar kacir serta tidak tenang.
  • Kes jenayah semestinya akan meningkat dari semasa ke semasa.







BUDI BAHASA

Berbudi bahasa ialah suatu  binaan simpulan bahasa yang bermaksud adab, kelakuan baik, Pengertian berbudi bahasa memperkukuhkan lagi pengertian budi dan bahasa sebagai percakapan yang baik dengan menggunakan perkataan yang elok dan tutur kata yang mulia, di samping tingkah laku dan akhlak yang mulia.




ETIKA & MORAL

Etika  berasal daripada perkataaan yunani ethikos atau ethos yang bermaksud adat atau kelaziman, manakala moral berasal daripada perkataan moralis yang sifat sifatnya sama dengan falsafah etika. Sifat-sifat etika berkisarkan tentang tingkah laku ke arah kebaikan dan kebenaran.



SIKAP TIDAK BERBUDI BAHASA:
  • Menggunakan perkataan tidak elok ketika bercakap
  • Tidak beratur mengikut giliran
  • Membuang sampah merata-rata
  • Merokok di tempat awam
  • Tidak menghormati orang tua



FAKTOR KELUNTURAN BUDI BAHASA
  1. Masyarakat materialistik 

  • “first class infrastructure, third class mentality

     2. Budaya Hedonism

  • pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan dan kesenangan.
  • penerapan budaya barat dalam masyarakat eg. Black metal
  • bertindak liar hingga tidak lagi mengamalkan budaya hormat- menghormati atau bersopan-santun serta menggunakan kata-kata kesat dan lucah dalam percakapan 
     3. Sikap Individualistik
  • Memikirkan diri sendiri sahaja
  • Mengambil hak orang lain contoh: pemandu memotong kiri ketika berlaku kesesakan lalu lintas tidak beratur ketika menaiki kenderaan awam meletakkan kenderaan di tempat letak kereta orang kurang upaya.


   IMPLIKASI TIDAK BERBUDI BAHASA
  • dipandang serong dan tidak boleh dipercayai oleh orang sekeliling. Masyarakat
  • saling curiga-mencurigai
  • pergaduhan
  • tidak bersatu-padu
  • hilang generasi yang mempunyai daya kepimpinan
  • kemerosotan ekonomi                  


                 



No comments:

Post a Comment