Tuesday 16 June 2015

Pengalaman

PENGALAMAN PERIBADI 



Harith Hisyam Bin Abdul Hadi

Saya dibesarkan oleh nenek saya dari kecil hingga darjah 3. Saya sering mendengar pesan nenek yang memberi tahu saya agar jangan melayan atau menegur orang yang tidak dikenali. Dia juga memberitahu saya bahawa orang jahat sentiasa berada di mana saja untuk melakukan sesuatu. Secara langsung, saya sering memburuk sangka orang yang tidak saya kenali sebagai seorang yang jahat. Walaubagaimanapun pada usia dewasa saya ini, saya tidak memikirkan tentang baik buruk orang untuk melakukan apa apa budi yang baik.
Antara contohnya semasa di Kuala Lumpur, saya akan melalui jalan lorong yang dimana ramai pengemis sering mencari tempat yang malap untuk berteduh. Jika kesempatan, saya akan membeli sebungkus roti gardenia dan sebotol air mineral dan letakkannnya di sebelah. Hari demi hari, saya perasan yang terdapat juga orang yang melakukan jasa baik yang sama.
Saya mempunyai seorang kawan di Indonesia yang mengatakan

" Jasa baik itu seperti benih . Jika ditanam, ia membesar"

Secara tidak langsung, saya telah memahami maksudnya. Jasa baik yang dilakukan dengan ikhlas akan terus disebarkan.



Mohd Nabil Fikri bin Mahadi

Dulu saya mempunyai masalah untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang memberi pertolongan. Ego saya begitu tinggi sehingga kan saya merasakan sesiapa yang mengucapkan terima kasih mempunyai  darjat yang rendah. Dan kesan daripada kepercayaan saya itu telah membuatkan diri saya begitu sombong dan tidak mempunyai ramai kawan.

Tetapi, setelah saya mengikuti modul ini, baru saya menyedari nilai yang begitu tinggi dan besar apabila seseorang menyucapkan 'terima kasih'. Tiada siapa sangka dengan dua patah perkataan ini mampu mengubah hidup seseorang. Apa yang saya sedari apabila seseorang mengucapkan 'terima kasih', segala penat lelah apabila melakukan sesuatu pertolongan itu terus lenyap dan hilang dan mengukirkan senyum kepada seseorang.

Muhammad Haikal Bin Rosli

Sememangnya saya dididik semenjak kecil untuk sentiasa menghormati di antara satu dan lain apatah lagi yang lebih tua. Modul "budi bahasa budaya kita " hasil dari kesinambungan definisi rukun negara  yang ke -5 telah mengajar saya supaya tidak melupakan budaya kita bahkan memastikan ianya diwarisi kepada generasi baru khususnya Gen Y. Hormat menghormati di antara satu dan lain merupakan elemen terpenting yang telah di ajar oleh agama islam itu sendiri. Hormat pada orang yang lebih tua perlulah dipraktikkan bagi semua generasi baru supaya ilmu dan pengalaman dapat dicurahkan oleh generasi yang lebih tua kepada generasi yang lebih muda seterusnya melahirkan generasi yang mampu berdaya saing di peringkat kebangsaan. 

Mohd Azril bin Khairul Anuar

Pada pengalaman saya, ketika saya kecil saya diajar, dibimbing dan diberi petunjuk oleh kedua ibu bapa saya untuk menjadi seorang yang beradab dan menghormati kepada orang lain tidak kira usia, bangsa dan kaum. saya telah ditanam dengan kepercayaan untuk menghormati orang lain. Walaubagaimanapun saya pernah berada dalam situasi dimana saya berselisih dengan orang tidak kira usia kaum dan bangsa yang saya senyum kepada orang tersebut dan orang tersebut tidak senyum kembali kepada saya. Tambahan pula, saya pernah berada dalam situasi dimana saya menolong orang tersebut dan kalau orang yang hendak berbalas budi biasanya mestilah berterima kasih tapi tidak. Oleh itu saya tetap dengan kepercayaan saya untuk berbudi dengan orang lain dengan bagaimana sekalipun. Kepercayaan saya islah apabila ke berbaik dengan orang lain kita akan dibalas dengan benda baik Insya'Allah. Kalau kita berbuat jahat dengan orang lain kita akan dibalas dengan situasi musibah. Kesimpulannya, jangan berputus asa dengan kepercayaan untuk berbudi dengan orang lain.

Mohamad Haidir bin Mokhtar

Di sini saya ingin menceritakan satu pengalaman yang sedikit sebanyak telah memberi saya pengajaran di mana kejahatan saya telah di balas dengan kebaikan oleh Allah s.w.t. Situasi ini terjadi apabila saya ingin membeli nasi di cafe angsana untuk makan malam. Sesampai sahaja saya di cafe, saya terus memesan satu bungkus nasi kosong/putih. Pekerja cafe tersebut meminta saya mengambil sendiri di hadapan di dalam bekas yg di sediakan. Akan tetapi saya telah berbohong dengan mengatakan bahawa nasi di hadapan telah habis kerana mahu kan nasi yang lebih baharu. Pekerja cafe tersebut tanpa mengeluh terus mendapatkan saya satu bungkus nasi kosong yang lebih panas dari dapur. Apabila saya ingin membayar, pekerja tersebut menolak dari menerima sebarang bayaran walaupun telah di tawar beberapa kali. Di saat itu fikiran saya terhenti sejenak dan memikirkan apa yang tuhan cuba buktikan. Saya sungguh terasa berkesan atas tindakan pekerja tersebut kerana perbuatan menipu saya telah di balas dengan rezeki dari Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment